Thursday, March 25, 2010

Makan Time..!!

Raub Food Trails Series
(20 Mac 2010)

-klik gambar untuk paparan yang lebih jelas-


Maklumat lanjut;
Travel Tales (M) Sdn Bhd 135589M KKKP0528
No.54E-1, Jalan SS1/22, Desa Tunku
47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel : +603-7877 5048  / +603-7877 5048
Fax : +603-7877 6048
Email : info@traveltales.biz
Web : http://www.traveltales.biz/
 
atau hubungi;
  +6017-223 7829 - Cik Lieza

Hutan Lipur Jeram Toi, Jelebu, N.Sembilan

- Pintu Masuk Ke Hutan Lipur Jeram Toi -
Jeram Toi telah ditemui semasa pemerintahan British dalam tahun 1895. Asal namanya diambil sempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak Orang Asli yang menghuni hutan ini suatu masa dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi seorang pemimpin yang bijaksana hingga berjaya mengalahkan sekumpulan Orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah Perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi.

- Kemudahan yang disediakan di Jeram Toi -

Daya tarikan Jeram Toi ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga, dikelilingi alam rimba yang mempersonakan.

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2010


Dalam usaha memperkenalkan pelancongan eko serta mengalakkan pelancongan di Negeri Sembilan serta mengenali keindahan alam semulajadi, Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Sirkit Cabaran Mendaki Gunung ( Gunung Datuk, Gunung Tampin dan Gunung Angsi ) seperti berikut;

Anjuran;
Kerajaan Negeri Sembilan

Melalui;
Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan & Majlis BeliaNegeri Sembilan

Dengan Kerjasama;
Pejabat Daerah Rembau
Pejabat Daerah Tampin
Pejabat Daerah Kuala Pilah
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan


GUNUNG TAMPIN
Tarikh : 6 Mac 2010
Tempat : Hutan Lipur Gunung Tampin

GUNUNG DATOK
Tarikh : 10 April 2010
Tempat : Hutan Lipur Gunung Datok

GUNUNG ANGSI
Tarikh : 8 Mei 2010
Tempat : Hutan Lipur Ulu Bendul


Yuran Penyertaan ( Perlu dijelaskan pada hari pertandingan )
Terbuka Remaja & Veteran : RM10
Terbuka Lelaki & Wanita : RM15
Terbuka Antarabangsa : RM20


Hadiah
Kategori Remaja Lelaki, Wanita & Veteran
1. RM600 + Plak
2. RM500 + Plak
3. RM400 + Plak
4. RM50
5. RM50
6. RM50
7. RM50
8. RM50
9. RM50
10.RM50

Kategori Terbuka Lelaki, Wanita & Antarabangsa
1. RM700 + Plak
2. RM600 + Plak
3. RM500 + Plak
4. RM50
5. RM50
6. RM50
7. RM50
8. RM50
9. RM50
10.RM50


Syarat-Syarat Pertandingan
●Pertandingan terbuka kepada semua warga negara dan bukan warganegara.
●Penyertaan harus menggunakan boring penyertaan yang disediakan
●Peserta perlu menghadiri taklimat akhir sebelum
●Peserta mestilah sihat tubuh badan
●Penyertaan mengikut had umur ditetapkan
●Peserta harus menggunakan pakaian yang sesuai (selipar, sandal dsb. tidak dibenarkan)
●Peserta akan di lepaskan mengikut penyertaan
●Lokasi pertandingan adalah seperti yang ditentukan oleh penganjur
●Semua urusan perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makan minum tidak disediakan sepanjang pertandingan
●Peserta dilarang merosakkan alam sekitar sebelum,semasa dan selepas pertandingan
●Peserta perlu bertanding mengikut had umur yang telah ditetapkan iaitu umur pada hari pertandingan
●Peserta kategori remaja mesti mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga
●Penganjur berhak menolak penyertaan peserta yang lewat daftar
●keputusan pertandingan adalah muktamad
●Segala bantahan keputusan perlu disertakan RM100 beserta surat bantahan dalam masa 1 jam selepas pertandingan
●Perlindungan insurans kemalangan diri adalah dibawah tanggungan peserta.


Undang-Undang Pertandingan
●Peserta perlu hadir sendiri untuk mengesahkan pendaftaran di urusetia sebelum pertandingan bermula
●Peserta perlu menghadiri taklimat akhir sebelum pertandingan dimulakan
●Peserta wajib memakai nombor bip yang akan diserahkan pada hari pertandingan
●Peserta akan di lepaskan mengikut penyertaan setiap kategori
●Peserta perlu mengikut laluan disedia dan tiba di setiap ‘check point’ yang ditetapkan
●Peserta dilarang mengubah laluan yang disediakan penganjur
●Peserta dilarang melakukan sabotaj kepada peserta lain.
●Pemenang akan ditentukan berdasarkan peserta yang terawal tiba di garisan penamat
●Penganjur berhak dari masa ke semasa mengubah undang-undang pertandingan tanpa sebarang notis bertulis.
●Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan penyertaannya.


Sistem Mata
●Pemenang setiap sirkit akan diberikan mata mengikut kedudukannya bagi setiap pertandingan
●Jumlah mata akan dikumpulkan sehingga kesemua 3 sirkit selesai
●Jumlah mata terkumpul yang tertinggi layak menerima hadiah keseluruhan pada sirkit yang terakhir
●Jumlah mata bagi setiap sirkit adalah seperti berikut;

Tempat Pertama 10 mata
Tempat Kedua 8 mata
Tempat Ketiga 6 mata
Tempat Keempat 4 mata
Tempat Kelima 2 mata
Tempat Keenam 1 mata
Tempat Ketujuh 1 mata
Tempat Kelapan 1 mata
Tempat Kesembilan 1 mata
Tempat Kesepuluh 1 mata


Borang Penyertaan boleh didapati di Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan atau hubungi Majlis Belia Negeri Sembilan di talian;

06-765 9734
06-763 9473

Borang penyertaan perlu diserahkan kembali seminggu sebelum tarikh pertandingan sesuatu sirkit kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan atau hantar terus ke Majlis Belia Negeri Sembilan melalui faks.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Melaka


Tanjung Tuan ataupun Cape Rachado (nama yang diberikan oleh pihak Portugis) terletak di dalam Negeri Melaka merupakan tanjung dengan sebuah rumah api yang menghadap Selat Melaka.

Sekitar 1606, pantai Tanjung Tuan terkenal sebagai kawasan pertempuran tentera laut. Selepas penaklukan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1511, Portugis merancang membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan yang dinamakan Cape Rachado yang dibina sekitar tahun 1528 dan 1529. Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, kemudian pihak British pada 1824, struktur rumah api berkenaan berpindah milik kepada mereka.

Pada 1921, kawasan Tanjung Tuandiwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dengan keluasan 80.97 hektar dikenali sebagai Hutan Simpan Cape Rachado.

Pada 5 Januari 1971, 60.70 hektar daripada Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai kawasan Suaka Hidupan Liar dan Burung-Burung di bawah Ordinan Perlindungan Binatang-Binatang Liar dan Burung-Burung No 2/1955 di bawah kuasa Jabatan PERHILITAN. Namun begitu pewartaan semula pada tahun 2007 mengesahkan keluasan sebenar Hutan Simpan Tanjung Tuan adalah 75.92 hektar.

Tanjung Tuan adalah merupakan lokasi strategik bagi penggemar burung untuk melihat burung-burung terutamanya ketika musin penghijrahan dan lebih dikenali sebagan pusat persinggahan burung yang berhijrah daripada Hemisfera Selatan ke Utara terutamanya "Honey buzzards”. Jenis-jenis burung yang singgah dalam laluan tersebut antara Septembar hingga Mac setiap tahun termasuklah “swift”, “Hawks” dan Helang.

Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia

Apa Ada di Taman Negara Sungai Relau, Merapuh, Pahang?

Salam semua............

Taman Negara Pahang Sg Relau, Merapoh
bukan sahaja menjaadi pintu masuk ke Puncak Kuala Tahan
malah di sana ada satu kawasan yang di gazetkan sebagai
SANTUARI IKAN KELAH
Pelbagai aktiviti menarik boleh dijalankan serta kemudahan turut serta diberikan perhatian oleh pihak pengurusan Taman Negara.

Ada Apa Dengan Sg Relau ye.....
Macam macam aktivitii boleh dijalankan...
Pepepun kena bayar permit dulu ma...

Pendaftaran perlu dibuat untuk keselamatan. Perlu ada guide tau... cari la sorang dua.
penginapan pun ada.... nak Dorm? Nak Bilik? Nak Bilik Aircond...
Harga bawah RM100.....

Kenderaan ada disediakan... jangan ngirau semua...

Nak selesa lagi boleh sewa dengan travel agency sekitar kawasan Merapoh

Aktivit di Kuala Juram Menberi Ikan Kelah Makan.
setelah kecut perut naik pajero dan hilux melalui kawasan bukit. Macam roller coaster ma.

khusuk memberi makan dan membelai ikan kelah... bagi makan jek tau... bawak balik tak dapek den nak nolong...

sekitar kawasan ini telahpun dipasang cctv bagi mengelakkan kecurian ikan kelah pada waktu ketiadaan pelawat dan kakitangan bertugas... Santuari Ikan Kelah namakan.....

yang nie kene gigit dengan ikan kelah.... tapi jangan risau... tak sakit pun

hai cik kak.... tak cukup sebotol yer.... takpa...takpa... ada dua baldi lagi tu...
boleh bagi ikan kelah makan sampai anda muntah.... huhuhuh

Lata Luis (Taman Negara Sg Relau, Pahang)

Salam.............

Perjalanan ke Puncak Tahan amat menjerihkan... dan ada kawasan yang agak merbahaya tetapi oleh kerana guide yang berpengalaman semua peserta dapat melaluinya.

Apa yang aku nak berkongsi nie adalah satu kawasan yang sesuai untuk aktiviti camping dan kembara. Kawasan tersebut adalah Lata Luis... memang menarik tempat nie... Dengan Permandangan yang indah beserta dengan deruan jeram memecah batu.... Di celah2 batu dikawasan air tenang kita dapat melihat ikan kelah sedang mencari makan...

untuk menyeberang kawasan ini perlu berhati2... walapun tali disediakan, namun permukaan batu yang licin mempercepatkan degupan jantung anda...

Guide ada disepanjang laluan dan tahap kerjasama dan pematuhan arahan guide penting dalam memastikan keselamatan peserta.


Sempat bergambar sebagai kenangan.

sesuai untuk aktiviti mandi manda setelah penat kembara.

Taman Negara bukan hanya Puncak Tahannya yang menarik...
Bukan Aktivit mendaki puncak sahaja anda boleh lakukan.
Jom ke Lata Luis.

Penerokaan Gua Batu Maloi

SALAM SEMUA......
kebiasaannya orang bila bercerita mengenai gua, kita akan bayangkan keadaan yang gelap, dan terbayangkan gua batu kapur. Ada lagi satu jenis lagi gua iaitu gua batu granit. Lorong-lorong antara tindihan celahan batu yang besar dijadikan laluan dan dipanggil gua. Ada bahagian yang gelap dan ada bahagian yang diterangi cahaya matahari. Dilaluan ini juga terdapat laluan sungai di bawah tanah yang menjadi sumber bekalan air kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

JENIS GUA : GUA BATU GRANIT


TAHAP KESUKARAN : ADA LIMA LALUAN MENGIKUT KEMAMPUAN. LALUAN PALING SUKAR 8/10 TAHAP KESUKARAN


CHECK POINT : ADA 12 CHECK POINT MENARIK SEPANJANG LALUAN BIASA.

1. PINTU GUA


Laluan pertama masuk ke dalam gua. kene merangkak macam biawak...


2. PINTU 3 SEGI ( KENE MENYELAM UNTUK MELEPASINYA)
Peserta perlu melalui kawasan baru dinding untuk ke check point yang seterusnya.... keyakinan diri di uji di kawasan ini.... dibawahnya laluan air yang agak dalam. siapa yang jatuh sure tenggelamnyer....


ni nak kene selam baru lepas ke laluan seterusnya

3. BATU DINDING
no pic

4. MITOS GIGI MALOI ( BATU BERBENTUK GIGI 4 BATANG )

5. BATU BARING ( LALUAN PALING SUKAR )
kat sini yang susah sekali nak lalu, terpaksa tunggu lama nak lepas kan sorang-sorang...

nak lalu laluan ni kene baring, awek nie compem tak lepas kalu merangkak. nampak kecik jek lubang nie tapi budak yang berat 120kg besar pemeluk masih boleh lalu. huhuhu... tapi payah sikit la. Biasa laluan jadi jem kat sini.

6. GUA KELAWAR ( Puluhan ribu kelawar dalam nih )
 batu atas bebudak tu yang jadi tempat kelawar bergayut, kelawarnya dah terbang lari bila kena suluh dek bebudak nie

 Salah seekor jenis kelawar yang terdapat di dalam gua nie... jinakkan???

7. SATU2NYA LALUAN KENE PAKAI TALI UNTUK MEMANJAT BATU
 Nak panjat nie kene ada gaya gak.... takut nanti jatuh terselit celah batu

8. MITOS KAPAL MALOI ( BATU BERBENTUK KAPAL LAYAR)
 Gambar kapal tak nampak... biasanya jurupandu akan ajak lepak sebentar di sini untuk taklimat mengenai gua dan menceritakan pasal mitos maloi dan kapalnya.

9. GUA SESAT ( GELAP GILER DAN RAMAI YANG SESAT KAT SINI )
 Nie tengah mencari peserta yang tersalah lorong.. kalu tinggi tahap kerjasama peserta mungkin tiada yang sesat. memang tak dijaga kawasan ini oleh guide untuk uji tahap kerjasama peserta.

10. GUA MALOI ( ADA GAMBARAN MALOI N PUTERI BUNIAN)

terbentuk hasil dari titisan air atas batu, mendapan mineral membentuk lukisan seorang lelaki memberi bunga kepada seorang wanita. yang gemuk lelaki yang kurus wanita.

11. LUBANG IBU MENGANDUNG  kena duduk macam ibu nak melahirkan anak

12. AIR TERJUN DALAM GUA ( BEST GILER )
 
terpaksa mengharungi laluan air terjun, yang nie air terjun yang kedua, ok lagi berbanding air terjun pertama.
 
13. KOLAM RENANG DALAM GUA ( ADA BATU BENTUK TEMPAYAN BESAR ) Seronok sambil membersihkan diri dari kotoran pasir dan najis kelawar wakakaka.... sambil2 itu kelihatan anak2 ikan berenang dan menggigit tangan dan bulu roma,..... macam duk dalam terapi ikan plak.
14. JAKUZI
 tempat nie air laju dan berbuih cam jakuzi.... panas tu takdala... tapi kalu tetiba rasa panas,mungkin rakan anda yang sedang membuang air kecil.... cittt... tak senonoh langsung....



15. Hidupan liar yang boleh anda temui dalam gua nie
Amacam.... ada berani ke.... boleh tahan la besar kodok2 di sini

 

Geli Geleman apabila terjumpa longgokan anak gonggok di dinding gua... hhuhuhuhu....

Penunggu Gua.... Sentiasa menanti kehadiran anda... jeng..jeng..jeng...


Apa Perlu Dibuat Di Kawasan Rekreasi

SALAM SEMUA
apa perlu buat bila dah sampai di kawasan rekreasi????
ada kalanya kita main hentam keromo jek bila dah sampai kawasan rekreasi nie.
sebenarnya banyak yang perlu anda tahu.
cuba tip-tip yang diberi nie dan mungkin anda lebih dapat banyak maklumat mengenai
kawasan rekreasi yang anda lawati...
jauh perjalanan luas pengalaman....


tiba di kawasan rekreasi pastikan anda ke kaunter pertanyaan bagi melaporkan kehadiran anda. bagi maklumat seperti nama, bilangan, agensi mana, dan no tel sesiapa yang patut dihubungi untuk memberitahu sekiranya ada kecemasan.

Dapatkan juga templet ataupun peta kawasan yang anda bakal terokai.


Jangan Lupa amik gambar sebagai kenangan di papan tanda ataupun mercu tanda.


Di sekeliling anda mungkin ada banyak papan maklumat. sila baca untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak mengenai kawasan rekreasi


peraturan dan keselamatan menti diikuti.... baca Do and Dont dan peraturan....



Kalau ada kelab di kawasan tersebut, apa salahnya jika anda menyertai kelab yang beraktiviti di sana.


Panduan sebelum memulakan perjalanan di rentis2 biasanya disediakan.. jangan lupa baca k...



pantang larang ketika berada di kawasan rekreasi.... antaranya JANGAN BERI MAKAN KEPADA HIDUPAN LIAR... biar secomel mana pun hidupan liar tu... Supaya mereka mampu survive sendiri tanpa bantuan manusia.


jangan gatal tangan memetik, mencabut, menebang tumbuh2 dan mengganggu hidupan liar yang ada di kawasa rekreasi.... Buka Minda dan Buka Hati... Bersama2 bertanggungjawab dalam memulihara alam semulajadi.


jangan merokok di kawasan awam, berdekatan dengan orang yang sedang berkumpul dan berehat. hisap la jauh2 beb.... satu lagi... putung rokok buang dalam poket anda... nanti terbakar satu kawasan hutan rekreasi anda,



gunakan tandas yang di sediakan, bukan di belakang pokok ataupun dalam sungai... eh... belakang pokok tu mana satu ek..????


Peka kepada papan tanda sekeliling anda... mungkin ada amaran yang mereka ingin sampaikan di kawasan anda berada.


jangan bagi makan kepada hidupan liar.... ditegaskan sekali lagi beb.... jangan bagi makan kat hidupan liar.... sampah makanan sila bawa keluar dari kawasan rekreasi... nanti habis tong sampah diselongkar.... korang tnagah makan pun hidupan liar ni datang mintak makan nanti.


hahahah..... perhatikan laluan rentis dan kawasan rehat anda... kalu duk dalam hutan kene hati2 dengan dahan pokok nie...


sentiasa peka dengan cuaca sekeliling, hujan, angin, ribut petir.... cari tempat berlindung k... yang duk tepi sungai dan jeram tu sila pack barang anda dan pergi ke kawasan tinggi skit...

Semoga menjadi satu panduan kepada sesiapa yang suka outdoor aktiviti nie...
beraktiviti dengan mengurangkan impak kepada alam semulajadi....