Wednesday, April 14, 2010

Prinsip LNT (Leave No Trace) berkaitan dengan rekreasi luar

Prinsip ini bertujuan untuk memastikan tempat yang dkunjungi sentiasa terjaga dan terus berkekalan, pada masa yang sama melatih kaki/peminat outdoor supaya berdisiplin dan menghormati alam semulajadi termasuk keseluruhan yang ada di dalamnya. Kepada kaki / peminat ourdoor, lebih-lebih lagi kepada peserta Riadah Santai, sila patuhi Prinsip LNT ini supaya aktiviti riadah yang bakal dijalankan menjadi sebuah aktiviti riadah yang sihat dan diminati  serta diikuti oleh peminat-peminat outdoor yang lain. Berikut di sertakan Prinsip 'Leave No Trace' berkaitan dengan rekreasi luar sebagai rujukan serta panduan kepada kaki outdoor / peminat outdoor sewaktu berekreasi luar;

Rancang dan sentiasa bersedia;
1. Tahu mengenai peraturan kawasan yang akan dilawati
2. Bersedia untuk menghadapi cuaca yang ekstrim, kemalangan dan kecemasan
3. Rancang jadual lawatan anda bagi mengelakkan peak season
4. Bungkus semula makanan bagi mengurangkan pembaziran
5. Lawat dalam kumpulan kecil. Bahagikan kumpulan besar kepada kumpulan yang lebih kecil antara 4-6 orang.

Bergerak dan berkhemah di atas permukaan yang tahan lasak;
1. Permukaan yang tahan termasuk rentis dan tapak perkhemahan yang sedia ada
2. Lindungi kawasan tebing sungai dengan mendirikan khemah sekurang-kurangnya 200 kaki dari tasik dan sungai
3. Di kawasan yang popular, gunakan rentis dan kawasan perkhemahan yang sedia ada
4. Jalan dalam sebaris di bahagian tengah rentis, walaupun ianya basah atau berlumpur
5. Hadkan keluasan kawasan perkhemahan. Tumpukan aktiviti di kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan.
6. Elakkan kawasan yang baru menunjukkan kesan negatif

Buang sisa makanan dan manusia dengan betul;
1. Bawa keluar apa yang dibawa masuk. Periksa kawasan perkhemahan dan rehat bagi memastikan tiada sampah atau sisa-sisa makanan berteraburan.
2. Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang sedalam antara 6-8 inci dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis.Timbus semula lubang tersebut apabila selesai digunakan.
3. Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperti sabun dsb.
4. Untuk membasuh pinggan, lakukannya sekurang-kurangnya 200 kaki daripada punca air dan gunakan jumlah kecil sabun “biodegradable”. Tapis dan siramkan air yang telah digunakan.

Jangan ambil atau ganggu tumbuhan atau binatang dsb;
1. Kekalkan alam semulajadi. Lihat tetapi jangan sentuh bahan-bahan yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan, sejarah dan sebagainya.
2. Biarkan batu, tumbuhan atau bahan-bahan semulajadi yang lain seperti yang anda temui
3. Jangan bawa masuk spesies luar ke dalam kawasan
4. Jangan dirikan sebarang struktur binaan atau menggali parit
5. Jangan memetik dan mematahkan anak pokok, dahan atau tunas tanpa tujuan dan keperluan

Kurangkan kesan unggun api;
1. Unggun api mendatangkan kesan yang berkekalan ke atas alam semulajadi. Gunakan dapur ringan untuk memasak dan lilin untuk cahaya pada waktu malam.
2. Gunakan kawasan unggun api yang sedia ada sekiranya boleh berbuat demikian
3. Pastikan api kecil. Gunakan hanya kayu-kayu mati di atas tanah yang boleh dipatahkan dengan tangan
4. Bakar semua kayu dan arang sehingga menjadi abu. Padamkan unggun api dan taburkan abu yang telah sejuk.

Hormati hidupan liar;
1. Perhatikan hidupan liar dari jarak jauh. Jangan ikut atau menghampirinya.
2. Jangan memberi makanan kepada hidupan liar. Ini akan merosakkan kesihatan mereka, mengubahsuai lakuan semulajadi dan mendedahkan mereka kepada bahaya seperti pemangsa dan bahaya lain.
3. Lindungi hidupan liar dan makanan anda dengan menyimpan makanan dengan selamat
4. Kawal binatang peliharaan setiap masa atau jangan bawa bersama anda
5. Elakkan daripada hidupan liar pada waktu-waktu yang sensitif seperti musim mengawan, bersarang atau beranak dan jangan mengikut denai laluan.

Bertimbang rasa terhadap orang lain;
1. Hormatilah pelawat yang lain dan kualiti pengalaman mereka
2. Bersopan santun. Mengalah kepada orang lain semasa bertembung di rentis
3. Berehat dan berkhemah jauh daripada rentis dan pelawat lain
4. Elakkan daripada membuat bunyi bising atau bercakap dengan kuat