Tuesday, March 22, 2011

Tips Keselamatan Pendakian Gunung

“Jangan Memperkecil Alam Semulajadi”

Pendakian gunung di kawasan hutan tropika telah menjadi salah satu pengisian pilihan ramai bagi aktiviti lasak rekreasi luar di Malaysia. Rata-rata aktiviti pendakian atau jelajah gunung (mountain trekking) dijalankan di persekitaran hutan semulajadi yang berlatarbelakangkan sumber rekreasi dan ekopelancongan yang masih asli. Kebanyakan rentis gunung atau rentis di hutan semulajadi telah wujud sejak sekian lama dan mungkin telah digunakan oleh generasi terdahulu sebagai laluan perhubungan dan mungkin juga ia turut dikongsi sama oleh hidupan liar sebagai denai dan kawasan keliaran.

Walaupun rentis pendakian menuju (contoh) puncak Gunung Tahan dan puncak Gunung Benom tidak memerlukan individu mempunyai kemahiran teknikal pendakian (seperti penggunaan tali, kapak ais, mendaki tembok batu dll) beberapa kemahiran seperti penggunaan alat perkhemahan dan asas pertolongan cemas adalah sangat penting. Perlu diingatkan laluan pendakian yang akan ditempuhi adalah pelbagai situasi (menaik-menurun-memanjat-menyeberang sungai) yang mana ia mampu memberi tekanan berlebihan terhadap buku lali, lutut dan seluruh anggota badan oleh itu pendaki perlu sentiasa berhati-hati serta mendengar arahan atau mendapatkan pandangan pemandu arah/ guide.

1. Berjalan / Trekking Dengan Selamat

 Pastikan sentiasa berjalan di atas rentis sediada, dilarang membuka rentis baru.

 Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa amalkan buddy system (sistem berpasangan).

 Pastikan trekking tamat sebelum hari gelap, jika terpaksa berjalan dalam gelap pastikan berjalan dalam satu kumpulan besar.

 Memakai stokin panjang untuk mengelakkan pacat.

 Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan semasa trekking

 Dilarang membuat bising untuk mengelakkan ganguan kepada hidupan liar.

 Untuk keselamatan, membawa barang dengan tangan adalah tidak bersesuaian kerana tangan tidak sekuat bahu dan tulang belakang bagi tujuan membawa beban yang berat. Bagi tujuan keselamatan, tangan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bebas agar dapat melakukan perkara lain seperti memegang, memaut, menarik, menampan, menyentuh dan menepis.

 Beri perhatian lebih semasa perjalanan turun kerana kebiasaannya kecederaan/ kemalangan mudah berlaku pada waktu ini.

 Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP

SBerhenti (stop)
TFikir (think)
OPerhati (observe)
PRancang (plan)

Jangan berpecah dan sentiasalah berada bersama kumpulan, jangan bergerak supaya anda mudah dicari dan ditemui jika perlu, bergerak ke tempat yang mudah pasukan pencari dan penyelamat mendengar atau melihat isyarat kecemasan anda.

 Sentiasa perhati langkah dan tempat anda berpijak atau berpaut.

 Kawal tingkahlaku jangan terlalu gembira dan bersuka-suka.

 Jaga tutur kata dan jangan terlalu celupar.

 Rancang perjalanan dan bawa bekalan makanan secukupnya, sebaiknya bawa bekalan makanan kecemasan yang disimpan dan tersorok di dalam beg.

 Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.

 Jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir tangguh dan hentikan aktiviti atau perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan, dirikan tempat perlindungan sementara (khemah atau fly sheet). Elakkan berlindung berhampiran pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.


2. Tips Kesihatan

 Digalakkan kepada bakal pendaki membuat persediaan fizikal sebelum cuba menawan Gunung Tahan dan Gunung Benom, antaranya latihan jogging atau berjalan, berbasikal, berlari, berenang dan senaman adalah baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular individu. Secara amnya apa-apa senaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit sehari mampu mambantu.

 Semasa ekspedisi setiap pendaki perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi.

 Mempunyai fizikal dan kekuatan fizikal yang baik.

 Tiada masalah jantung dan pernafasan.

 Mempunyai lutut dan buku lali yang sihat dan baik.

 Berjalan mengikut langkah sendiri dan ambil masa serta tahu had kekuatan fizikal anda.

 Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat atau mempunyai masalah kesihatan.

 Setiap individu digalakkan mempunyai bekalan ubat dan minyak urut yang dibawa sendiri.

 Tips pencegahan Malaria

ü Gunung Tahan dan Gunung Benom terletak di Semenanjung Malaysia dalam Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan yang mempunyai endemik malaria di dunia ini.

ü Apa itu Malaria :

- Malaria adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.

- Manusia mendapat malaria akibat daripada gigitan nyamuk yang telah dijangkiti kuman malaria.

ü Teknik pencegahan adalah dengan cara mengambil ubat antimalaria atau mengelak dari digigit nyamuk. Pil antimalaria boleh didapati dari farmasi.

ü Tanda-tanda dijangkiti malaria :

- Seperti dijangkiti selsema, termasuk menggeletar/ terketar-ketar, sakit kepala, kesakitan otot dan keletihan.

- Rasa loya / mual, cirit-birit dan muntah-muntah juga boleh berlaku.

- Anemia dan Jaudice (penyakit kuning – kulit dan mata) akibat kekurangan / kehilangan sel darah merah.

- Jika tidak / lewat dirawat boleh menyebabkan kekeliruan minda, koma, kegagalan buah pinggang dan kematian.

ü Rawatan perubatan boleh didapati dengan mendapat nasihat dari doktor.


3. Iklim dan Cuaca

 Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119° Timur mengalami iklim jenis tropika.

 Lazimnya iklim Malaysia terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monson barat daya dan musim monson timur laut ia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari lautan Hindi dan laut China Selatan.

 Lazimnya suhu harian adalah seragam sepanjang tahun iaitu antara 21°C hingga 32°C, namun di dalam hutan dan kawasan tanah tinggi pada waktu malam suhu boleh turun sehingga 15°C.

 Kelembapan adalah tinggi iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 2000mm setahun.

 Musim hujan di Gunung Tahan dan Gunung Benom biasanya antara November hingga Januari. Oleh itu disyorkan masa terbaik untuk pendakian adalah antara bulan Mac hingga Ogos.

 Diingatkan kepada pendaki Gunung Tahan dan Gunung Benom perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan cuaca.


4. Leave No Trace Ethics (Etika Beraktiviti di Kawasan Semulajadi)

Take Nothing But Picture, Leave Nothing But Foot Prints

Peningkatan populariti aktiviti lasak terutamanya pendakian gunung membawa kepada peningkatan jumlah pendaki. Dimana kebanyakkan kita tertarik untuk melibatkan diri kerana kecantikan, keaslian, dan keterpencilan sumber, bentuk muka bumi yang pelbagai serta cabaran yang terhidang adalah unik disamping pengalaman yang bakal ditempuhi menjadi kenangan seumur hidup.
Gunung-gunung ini adalah sumber semulajadi yang perlu dilindungi dan seharusnya tidak dikorbankan hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Jabatan berusaha menyedarkan orang ramai melalui penyebaran maklumat dan percaya jika masyarakat dididik mereka pasti akan membantu dalam usaha-usaha yang dibuat untuk melindungi dan mengekalkan sumber semulajadi.


a. Membuat Perancangan & Sentiasa Bersedia

 Dapatkan maklumat dari sumber yang sah berkenaan: keadaan laluan/ rentis, cuaca, peralatan yang perlu dan peraturan serta permit.

 Bersedia untuk sebarang kemungkinan, cuaca ekstrem, kemalangan dan kecederaan serta keperluan untuk menyelamatkan diri.

 Buat perancangan untuk makanan, peralatan perkhemahan, bahan api, dan bahan buangan.

 Pilih laluan sesuai mengikut keupayaan kumpulan, kemampuan fizikal dan pengalaman.

 Beritahu rakan atau keluarga berkenaan perancangan anda.

 Jika boleh, bawa bersama dan tahu cara menggunakan peta, kompas dan global positioning system (GPS)


b. Berjalan & Berkhemah Di Atas Permukaan Sedia Ada Dan Tahan Lasak

 Di Atas Rentis:

- Gunakan rentis sedia ada, elakkan membuka rentis baru.

- Jalan di bahagian tengah rentis, walaupun ianya berair, berlopak atau berlumpur.

- Elakan memijak vegitasi lantai hutan.

 Di Tapak Perkhemahan:

- Gunakan tapak perkhemahan sedia ada, dilarang membuka kawasan baru.

- Hadkan keluasan kawasan perkhemahan. Tumpukan aktiviti di kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan.

- Di kawasan ’pristine’, kembangkan penggunaan bagi mengelakkan wujudnya tapak perkhemahan dan rentis baru.


c. Pelupusan Sampah & Sisa Manusia

- Bawa keluar apa-apa yang dibawa masuk. (Pack it in – Pack it out)

- Sisa makanan ditanam dalam lubang sekurang-kurangnya 30cm dan dikambus semula tanpa meninggalkan sebarang kesan.

- Bawa keluar tin-tin makanan dan tabung gas untuk memasak yang telah kosong. Jangan sekali-kali ditinggalkan.

- Jangan tinggalkan apa-apa sampah di atas rentis terutama bungkusan makanan yang dibuka ketika berhenti rehat

- Semasa berjalan kutip apa jua sampah/bahan asing yang tidak sepatutnya berada di atas rentis dan simpan untuk pelupusan yang sepatutnya.

- Bersihkan tapak khemah dari sampah sebelum anda meninggalkan kawasan perkhemahan termasuklah yang telah ditinggalkan oleh kumpulan terdahulu jika ada.

- Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang yang digali sedalam 20 cm atau sekaki dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis. Timbus semula lubang tersebut apabila selesai digunakan

- Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperi sabun dll.

- Ditempat-tempat yang di sediakan tandas, gunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin, selenggarakan dengan sempurna selepas guna dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan yang terdapat kemudahan tandas.

- Tuala wanita hendaklah dibungkus sebaiknya dan dinasihatkan supaya dibawa keluar. Elakkan dibuang di dalam hutan.


d. Tinggalkan Apa Yang Anda Lihat & Jumpa

- Biarkan apa yang dilihat atau ditemui dalam keadaan semulajadi.

- Biarkan segala batuan, bahan galian, tumbuhan, hidupan liar, serangga dan bahan sejarah atau artifak yang anda temui dalam keadaan semulajadi


e. Kurangkan Impak Unggun Api

- Unggun api dinyalakan di atas tapak atau bekas sediada dan menggunakan kayu yang dikutip dan telah sedia patah atau jatuh.

- Elakkan membuat unggun api yang terlalu besar.

- Gunakan dapur memasak mudah alih.


f. Hormati Hidupan Liar

- Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.

- Perhati hidupan liar dari jarak yang selamat, jangan ikut atau menghampiri ia.

- Elakkan memberi makan atau meninggalkan makanan untuk dimakan hidupan liar.

- Lindungi hidupan liar dari makanan anda dengan menyimpannya di tempat selamat.


g. Bertimbang Rasa Terhadap Pendaki Lain

- Berkerjasama dan berkomunikasi dengan kumpulan pendaki lain.

- Elakkan bercakap atau ketawa terlalu kuat, kekalkan suara anda seminimum mungkin - bunyian alam lebih indah dari suara anda.

- Pastikan kumpulan anda berkhemah di satu kawasan, elakkan memasuki kawasan perkhemahan kumpulan lain. 


:: sumber drp : Bahagian Eko Pelancongan, Jab PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Sejarah Kayak

hmm.. sepatutnya, aku buat entry sejarah kayak dulu... ni tak.. aku terus merapu pasal anatomy kayak... hahahaha... sorry lah geng.. aku over excited sebab baru lepas turun kayak kan... heheeheh... sorry lah sekali lagi... so hari ni aku nak wat entry sejarah dan asal usul kayak... ehmm... sounds pun macam pakar sejarah jer... ahaaaakkkksssss....

Definisi Kanu
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu.

Perbezaan Kayak dan Kanu

 nota kaki...
 
Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.
 
Kanu
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.
 
Sejarah Perkembangan Kayak
Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai.
 
Oleh hal demikian
masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout.

Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangkan kanu daripada kayu dan dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu Canadian.

Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun Kayak Eskimo.

Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA.
Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.

John Mac Gregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Beliau lebih dikenali dengan nama Rob Roy. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867 iaitu kurun ke-19,  beliau telah menjelajah hampir kesemua sungai-sungai di Nile, Jordan dan Laut Daltic Benua Eropah dengan menggunakan kayak ciptaannya ini.

Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham, England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. 7 tahun kemudian, kelab ini telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.

Di Negara Jerman, kegiatan kenu bertambah pesat dengan terciptanya kayak jenis Klepper, yang boleh dipasang simpan (folded canoe).

Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.

Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila H.W. Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll' Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.

Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Dua belas tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin

Pada tahun 1946 pula memperlihatkan tertubuhnya International Canoe Federation. Kemahiran-kemahiran dalam kayak juga berkembang pesat apabila Milo Dufek mengubahsuai teknik dayungan perahu Canadian ke kayak.

Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.
 
Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo'.

PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarahkayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
 
Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangcang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. dengan tertubuhnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan "circumnavigate" melalui Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.

Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia iaitu Wahab Ibrahim dan Hairuddin telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.
 
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.

Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala LUmpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.

Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia lV, Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995.
 
Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan , atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.

Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.


tu jer kot... untuk informasi jer... hehehe... tapi bukan semua penggemar sukan kayak yg amik tau pasal sejarah... tak percaya..? cuba test tanya soalan sejarah kayak ni kat diaorg... soklan cepu emas.. ahaaakss.. gerenti terkial-kial dalam lorat 'gagap' nak menjawapnye... termasuklah aku... heheheheheh... aku mengutuk diaorg umpama kutuk diri sendiri disamping mengingati diri sendiri... betul tak geng..

oklah... bye... salam adidas untuk semua....


:: artikel sumbangan izan @ kodok

Jenis-Jenis Kayak

Hai geng... jom sambung entry pasal kayak... 

kayak mempunyai 3 jenis kayak utama iaitu Slalom, Madesta dan O-Sport.. 

Madesta

 nota kaki...

Kayak berbentuk ‘V’ : Bergerak laju dan lurus, mudah potong air, sangat laju dan sesuai untuk pertandingan acara pecut.

OtterSport

 nota kaki...

Kayak bentuk U : Stabil, sesuai untuk pendayung baru,pergerakan perlahan,tidak mudah terbalik dan sesuai untuk rekreasi.

Slalom

nota kaki..

kayak bahagian atas dan bawah berbentuk ‘O’ ataupun bulat : Mudah berpusing, kemahiran imbangan sederhana, mudah membuat ‘gulingan’ dan sesuai untuk aktiviti arus deras.

dengan 3 jenis kayak ini lah banyak design kayak dicipta mengikut kesesuaian dan permintaan... so kat bawah ni aku list dan terang skit kegunaan kayak yang ada ok... jgn korang pelik pulak tgk design nya.. heheehehe...



1) Creek Boat

Kayak ini lebih sesuai digunakan untuk orang-orang yang baru menceburi suka kayak dan kenu. kayak ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

2) Polo

kayak ini digunakan di kawasan danau, tasik dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan kayak Creek Boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini digunakan untuk Sukan Kayak Polo.

3) Inflatable



Kayak jenis ini diperbuat dari gabungan getah dan fiber. Ianya mempunyai daya apungan yang tinggi. Kayak ini perlu dipam angin sebelum digunakan.

4) Squirt


Kayak ini lebih sesuai digunakan sebagai 'rodeo' di arus deras seperti enders dan cathwell. Ini adalah kerana bentuknya yang tipis dan ruang dalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter dan ianya mampu menyelam.

5) Sprint


kayak ini digunakan untuk pertandingan dan perlumbaan. Kayak ini berbentuk tirus, kecil dan panjang memudahkan memotong angin dan halangan. Pendayung yang menggunakan kayak ini perlu mempunyai keseimbangan yang tinggi kerana faktor kelajuan ketika perlumbaan.

6) Slalom

Kayak Slalom ini digunakan dalam keadaan selok belok. Bersaiz pendek di depan dan panjang serta sedikit kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ini adalah 6 meter dan berbentuk tajam dihadapan. kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.

7) Downriver


Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, direka bentuk dan dibina dengan deck leper, depan lancip memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.

8) Kayak Sea

Kayak ini dugunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi. Selain itu kayak ini mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. Di belakang kayak ini pula mempunyai alat kemudi. 


9) Kayak Sit On Top


Kayak jenis ini lambat bergerak dan juga sukar dikemudikan. Selain kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling (Eskimo Roll). Kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalam kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas.


hmm.. ni skit note tentang kayak... just basic bagaimana korang nak buat pemilihan kayak.. biasalah first impression klau tgk kayak ni kan... mesti punya lah terdetik dalam hati tentang kayak yang korang lihat kan... than satu klau orang yang mempunyai badan yang 'gebu' dan berat... hehehe... terlintas dalam hati.. muat ke aku masuk ni..? karang aku naik tenggelam pulak... hmmm.. so aku kasi skit okey.. 


ukuran, berat dan keseimbangan

dalam pemilihan kayak, kayak perlu sesuai dengan posture tubuh. kayak yang mempunyai saiz yang lebar dan panjang memiliki keseimbangan yang amat baik. keseimbangan yang bagaimana..? aduhh.. kena buka buka buku sains la jawabnya... dari pusat graviti la... bla.. bla... huhuhu... cukuplah klau korang dapat seimbangan badan kita dalam kayak dan atas air...heheeh.. lagi don't panic.. jika kita panic kita tak boleh seimbangkan badan kita..
pastu dikalangan otai2 kayak ni diaorg selalu sebut rocker... rocker tu adalah cekungan bahagian hull hingga ke bow dan stern.. klau cengkung itu besar, kayak tu senang berpusing... klau cengkung tu kecil susah skit nak berpusing tapi bergerak laju dan lurus..

oklah tu jer kot tentang kayak ni.. nanti aku sambung entry paddle...

salam mental koyak..!


:: artikel sumbangan izan @ kodok

Monday, February 28, 2011

Mari Belajar Tentang Kayak

hai geng... Kali ini kita belajar serba sedikit berkenaan anatomi asas sesebuah kayak. Sebenarnya tidak susah untuk mengendalikan sesebuah kayak ini kalau kene dengan caranya. Kalau seseorang itu rajin belajar InsyaAllah dapat mengendalikan dengan baik dalam masa yang singkat sahaja.


aku bukan nak ajar korang berkayak... tapi aku nak bagitau serba sikit tentang kayak iaitu ANATOMI KAYAK... bagi yang tidak tahu dan baru skit-skit nak belajar ni... macam aku... hehehehe... jom kita buat refresment course... hehehehe....   

Anatomy Kayak


Sebagaimana fizikal manusia, kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya. Kat  bawah ini akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.

nota kaki...



Bow dan Stern (Haluan dan Buritan)
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak berbentuk tajam dan bulat. Bow dalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik. Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.


Hull 
Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.

nota kaki...

Deck (Geladak Atas)
Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stem. Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. 

Toggles 
Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggle terbahagi dua iaitu toggles yang tenditi daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. la lebih selamat dan selesa digunakan. Eng loops pula terdiri dari seutas gelungan tali yang tertetak dihujung bow dan stem, la murah dan mudah disediakan tertapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop kayak yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan anda.

Cockpit 
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.
  
Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart (mempunyai saiz yang tetap), tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.

Coaming 
Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

Knee Brace 
Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.
 
Towline / Deckline 
Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Keel 
Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.

Buoyancy (Bahan Apungan) 
Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

Footrest 
Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest. Selain itu ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang mefindungi pedayung dan terhentak atau meogelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran. Secara umum terdapat tiga jenis footrest iaiut:-

i. Verbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak;

i. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga di sisi port dan starboard kayak;
 
iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.


Hatches 
Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck. Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.


oklah... nanti aku sambung pada next entry tentang paddle... aku terus jer citer pasal anatomy kayak kan... tapi aku tak citer pun pasal jenis kayak.. hmm.... nanti2 lah k...
adidas...


::disediakan oleh : izan a.k.a kodok