Thursday, March 25, 2010

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Melaka


Tanjung Tuan ataupun Cape Rachado (nama yang diberikan oleh pihak Portugis) terletak di dalam Negeri Melaka merupakan tanjung dengan sebuah rumah api yang menghadap Selat Melaka.

Sekitar 1606, pantai Tanjung Tuan terkenal sebagai kawasan pertempuran tentera laut. Selepas penaklukan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1511, Portugis merancang membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan yang dinamakan Cape Rachado yang dibina sekitar tahun 1528 dan 1529. Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, kemudian pihak British pada 1824, struktur rumah api berkenaan berpindah milik kepada mereka.

Pada 1921, kawasan Tanjung Tuandiwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dengan keluasan 80.97 hektar dikenali sebagai Hutan Simpan Cape Rachado.

Pada 5 Januari 1971, 60.70 hektar daripada Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai kawasan Suaka Hidupan Liar dan Burung-Burung di bawah Ordinan Perlindungan Binatang-Binatang Liar dan Burung-Burung No 2/1955 di bawah kuasa Jabatan PERHILITAN. Namun begitu pewartaan semula pada tahun 2007 mengesahkan keluasan sebenar Hutan Simpan Tanjung Tuan adalah 75.92 hektar.

Tanjung Tuan adalah merupakan lokasi strategik bagi penggemar burung untuk melihat burung-burung terutamanya ketika musin penghijrahan dan lebih dikenali sebagan pusat persinggahan burung yang berhijrah daripada Hemisfera Selatan ke Utara terutamanya "Honey buzzards”. Jenis-jenis burung yang singgah dalam laluan tersebut antara Septembar hingga Mac setiap tahun termasuklah “swift”, “Hawks” dan Helang.

Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAM serta merta.