Monday, March 30, 2015

Promate Kingdom

Zoo Melaka, Melaka
15 April 2009
Garfu KOHM

Di LARANG memberi makan kepada Monyet liar kerana;

1. Menyebabkan populasinya meningkat dengan cepat dan melampaui jumlah makanan semulajadi di habitatnya. Populasi yang berlebihan boleh menyebabkan kelaparan dan menyebarkan wabak penyakit yang sesetengahnya berbahaya kepada manusia.

2. Jika hidupan liar menerima diet yang salah walaupun untuk satu dua hari, ia akan merosakkan perkembangan tulang dan ototnya. Diet yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan pada mulut atau ia boleh tercekik dan seterusnya menyebabkan kematian.

3. Risiko mendapat kecederaan ketika memberi makan kepada monyet jika tidak berada pada jarak yang sesuai. Seperti biasa, monyet akan dipersalahkan apabila terdapat kes serangan terhadap manusia.

4. Akan mengubah lakuan semulajadinya dan akan mengundang masalah. Ia akan menghalang monyet daripada bergerak ke kawasan lain dan menimbulkan persaingan antara mereka bagi mendapatkan makanan.

5. Menyebabkan ia hilang rasa takut kepada manusia. Monyet yang telah terbiasa dengan kehadiran manusia boleh menjadi sasaran mudah untuk dicederakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

6. Menyebabkan kerosakan pada harta benda dan tanaman. Ini kerana monyet cenderung untuk menyelongkar harta benda serta merosakkan tanaman semasa mencari makan.

Pesanan drp : Jabatan PERHILITAN ^^

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAM serta merta.