Tuesday, June 29, 2010

ASAS IKHTIAR HIDUP ( MAKANAN )

Makanan dan air adalah elemen penting ketika berada dalam keadaan darurat. Kemahiran mencari makanan dan air perlu ada pada setiap insan terutama merekayang gemarkn aktiviti kembara di hutan.


Bangkai, Darah Atau Daging Babi Ketika Darurat

Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz

Rujukan
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam

Nota
Tarikh Diisu : 1990 Nota: Siri 9/1990 

Apakah hukumnya memakan bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, sekiranya seseorang itu di dalam keadaan terpaksa atau darurat?

Ketika sangat darurat, seperti dalam kebuluran tiada makanan halal hendak dimakan seperti dalam masa kemarau yang panjang, masa huru-hara, sesat dalam padang pasir atau dalam hutan dan lain-lain seperti itu, maka orang-orang Islam boleh makan bangkai atau darah mengalir atau daging babi kiranya ia takut mati atau takut sakit yang menakutkan dan ia tiada dapat yang halal hanya ia dapat makanan yang haram, maka ia makan yang haram sekadar ia boleh hidup atau sekadar ia tiada kena sakit teruk atau sekadar ia dapat berjalan keluar dari hutan atau padang pasir ke tempat yang ada makanan halal itu.

Dalam Kitab AI-Minhâj oleh AI-Imam AI-Nawawi:
Barangsiapa takutkan di atas dirinya mati atau sakit yang menakutkan dan dia hanya dapat makan benda dan bahan yang haram maka mestilah ia makan akannya. Kata qîl harus dan boIeh ia makan haram dan tiada mesti ia makan haram itu, dan berharap dapat makan yang halal dalam sedikit masa lagi tiadalah harus ia makan bahan yang haram itu melainkan sekadar menolak keIemahan dari tiada makan halal itu dan jika tiada berharap dapat makanan halal dalam waktu yang singkat maka boleh ia makan yang haram itu dengan kenyang."

sumber dari :
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1528&Itemid=48

Tetapi agak mustahil sekiranya mereka yang sesat di dalam hutan Malaysia mati kebuluran kecuali tiada skill mencari makan dan air. Ini kerana Malaysia adalah salah sebuah negara yang mendapat status MEGABIODIVERSITI.

Hutan Malaysia kaya dengan kepelbagaian benda hidup, Dari tumbuhan, serangga, mamalia sehinggalah reptilia. Kepelbagaian tumbuhan buah buahan hutan, palma yang memiliki umbut, sungai yang kaya dengan hidupan akuatiknya...

PANDUAN DAN AMALAN NAMA ALLAH ASMAUL HUSNA
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

-Baca sebanyak yang terdaya semasa di dalam hutan ketika sukar mendapat makanan agar dihilangkanrasa lapar dan badan akan terasa segar.

http://www.justsomelyrics.com/1675087/Nasyid-Hijjaz_-_Asmaul_Husna-Lyrics

MENCUBA MAKANAN ( BUAH, UMBUT, POKOK )
 
TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
 
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN

Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimanpun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.

Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-
1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.


 buah terap

buah terap

buah kedondong

buah kelubi

buah gapis

buah bidara

buah langkap

buah tampoi

 buah markisa ( susu )

isi buah markisa

buah sentul

PENGENALAN TUMBUHAN YANG BOLEH DIMAKAN AKAN DITUNJUKKAN PADA BLOG YANG AKAN DATANG